Tuesday, April 25, 2017

Sumbangan 100 Lampu Kalimantang

PIBG SMK SBU sangat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Inspektor Suhana dan En Firuz yang sudi menyumbangkan 100 batang lampu kalimantang kepada PIBG dan SMK SBU melalui Biro Penyelenggaraan dan Peralatan. 

Semoga mereka berdua dilimpahi rezeki yang lebih berlipat ganda dan mendapat pahala dari sumbangan ini.

Serahan Sumbangan Lampu Kalimantang

Admin amat berharap semoga lebih ramai lagi ibu bapa murid SMK SBU yang dermawan memberi sumbangan peralatan.

Friday, April 21, 2017

Biro Penyelenggaraan & Peralatan PIBG/KSIB SMK SBU 2017

Secara rasminya, Biro Penyelenggaraan & Peralatan PIBG/KSIB SMK Seri Bintang Utara telah ditubuhkan pada hari Ahad, 16hb April 2017 di Majlis Ramah Mesra PIBG & KSIB/PIBK SMK SBU yang telah diadakan di Skylite.

kain rentang program

Penganjuran Majlis Ramah Mesra ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di kalangan ibu bapa dan penjaga murid SMK SBU di samping merancang aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun 2017 untuk membantu pihak sekolah dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan pembangunan sekolah serta keceriaan sekolah

Aturcara

Biro Penyelenggaraan & Peralatan diketuai oleh Encik Mohd Yusof b Hanif dan merupakan salah satu biro di bawah PIBG & KISB / PIBK. Biro-biro lain adalah Biro Akademik & Sahsiah, Biro Ekonomi & Kebajikan, Biro Kokurikulum dan Sosial, Biro 3K & HEM dan Biro AKSB, ICT & Surau. 

Berikut adalah fungsi-fungsi Biro Penyelenggaraan & Peralatan:
  • Bertanggungjawab untuk memastikan sekolah dalam keadaan baik dan selamat.
  • Bertanggungjawab untuk memastikan peralatan-peralatan sekolah berfungsi dengan baik.

Enam (6) Biro KSIB/PIBG SMK SBU
Meja Biro Penyelenggaraan & Peralatan
Ketua Biro, En Mohd Yusof, dan ahli-ahli Biro


Semoga Biro Penyelenggaraan & Peralatan berjaya menjaga sekolah dan peralatan dengan baik.